Thursday 14 June 2012

Nasihat  Luqman Kepada Anaknya

Dalam Al-Quran  terdapat sebuah surah yang dinamakan Surah Luqman, iaitu surah ke-31 . Di dalamnya Allah menyatakan " Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepada Luqman 'al-hikmamh ' bahawa bersyukurlah kepada Allah ! sesiapa yang bersyukur maka dia bersyukur kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang kufur maka maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Amat T'erpuji (ayat 12). Al-Quran tidak menerangkan siapakah Luqman itu sebenarnya  - apakah dia seorang rasul , pendeta atau ulama. Al-Quran hanya menyebut dia seorang yang telah dikurniakan 'al-Hikmah '. walau apa pun,tentulah dia seorang yang sangat istimewa disisi Allah , sehingga namanya diabadikan didalam kitab suci-Nya dan setelah menyatakan bahawa dia telah dikurniakan 'al-Hikmah' Al-Quran menceritakan bahawa Luqman telah mengajar anaknya ,seperti berikut
 (ayat13 -14)

Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, sewaktu dia memberinya nasihat: Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya perbuatan syirik itu satu kezaliman yang besar. (13)

Dan kami wasiatkan kepada manusia terhadap kedua ibu-bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menangung kelemahan  demi kelemahan , dan menyusuinya dalam tempoh dua tahun . Bersyukurlah kepada -Ku dan kepada kedua Ibu-bapamu; kepada Akulah jua tempat kembali. (14)

No comments:

Post a Comment